Phahrolrazi Mohd Zawawi
Phahrolrazi Mohd Zawawi

Phahrolrazi Mohd Zawawi


YB Dato' Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi merupakan ahli politik Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu dan bekas ADUN Pengkalan Kundor. Selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kedah dan beliau telah menyertai Parti Amanah Negara yang merupakan sebuah parti diketuai oleh Mohamad Sabu.